doa menaiki kenderaan dan doa bangun tidur

assalamualaikum...

kali ni saya nak share doa-doa yang simple but yet penting la jugak.. coz selalunye...based on my experience..segalanya akan lebih lancar if kite mulakan sesuatu dengan doa.. okay..ni doa yg simple-simple tp powerful ok.. in sha ALLAH..




tidurlah dalam keadaan berwuduk sebab banyak kelebihan nye.. syaitan tak lah mengganggu kita dlm keadaan yg berwuduk.. in sha Allah..

next... =D

Doa menaiki kenderaan


haaa yang ni memang sangat la perlu kite gune.. even budak-budak tadika pon da hafal and apply..ape lagi budak-budak sekolah menengah, universiti n bekerjaya kan??? nak dikatekan setiap hari kite naik kenderaan..tak kisah la naik tren ke..kreta ke..naik bus ke.. so lebih afdal kita baca sebelum memulakan perjalanan kite ok?



Hakikat Aurat Dalam Islam
by: Siti Lailatu Syarifah Munasir












 Allah SWT telah mensyariatkan Islam sebagai agama penutup dari semua agama samawi (agama yang berdasarkan wahyu). Agama yang relevan untuk semua zaman dan tempat, barangsiapa yang memeluknya maka ia akan bahagia dunia dan akhirat, dan siapa saja yang meninggalkannya dan memilih selainnya maka ia akan celaka selama-lamanya, Allah SWT berfirman :

Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.                                                                              (Surah Al An'am:153)

Ketika sebahagian besar umat manusia di luar sana semakin lalai dengan syariat dalam berpakaian ini, mari kita sama – sama kembali ke pangkal jalan dengan mengenal pasti konsep aurat yang sebenar – benarnya.

Definisi Aurat

Aurat pada dasarnya ialah setiap benda yang dilindungi oleh manusia kerana malu apabila kelihatan. Mengikut hukum syara’ yang paling tepat ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram dipandang.

Hukum menjaga aurat adalah wajib berdasarkan dalil – dalil Naqli dan Aqli.  Firman Allah SWT di dalam al – Quran  yang bermaksud,

“ Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”                                                      (Surah An- Nuur : 31)

Frasa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah muka dan tapak tangan, sesuai dengan keterangan hadith daripada A’isyah r.a. :

Daripada A’isyah r.a.,

“ Bahawa Asma’ memasuki(rumah) Rasulullah SAW dan pada badannya, pakaian nipis. Maka Badginda memalingkan mukanya daripadanya, kemudian bersabda, “ Wahai Asma’, wanita yang sudah mencapai haid(baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil (Rasulullah SAW) menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya.”                                                                      Hadith Riwayat Abu Daud

Selain daripada itu, jika difikir secara akal, perkara ini sangat lah benar. Hal ini kerana manusia perlu menampakkan wajah ketika urusan jual beli untuk mengelakkan sebarang penipuan dan menampakkan kedua belah tangan bagi mengambil dan menerima barang, maka ia tidak aurat.

Penentuan Aurat Dalam Islam*

Aurat wanita dengan wanita

1.    Aurat Muslimah dengan Muslimah.
Bahagian antara pusat dan lutut.

2.    Aurat Muslimah dengan wanita bukan islam.
Semua bahagian atau anggota tubuh badan kecuali yang kelihatan apabila melaksanakan tugas dan urusan – urusan rumah tangga.
Tetapi jika bimbang akan timbulnya fitnah atau pandangan mereka bersyahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

                                  
Aurat wanita dengan lelaki

1.    Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram.
Seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

2.    Aurat muslimah dengan lelaki mahram.
Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram baginya adalah bahagian antara pusat dan lutut.

3.    Aurat muslimah dengan kanak – kanak lelaki.
Harus menampakkan perhiasan wanita kepada kanak – kanak.



* Penentuan yang tercatat meerupakan asas dan boleh berubah mengikut keadaan. Wallahualam.

                                                                                                Bersambung…….