hari ni.. 19 november 2013 tepat pada waktu zohor.. saya telah diberi peringatan dan tamparan kesedaran yang hebat daripada Allah SWT.. sejujurnya..saya bukan lah insan yang sempurna.. pasti besar cacat cela nya.. seorang muslim yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.. namun Alhamdulillah..Allah sekali lagi telah tarik saya ke jalan nya.. Allah sayang saya.. nak tahu bagaimana?
pada waktu zohor hari ini.. saya ditakdirkan untuk menonton satu video yang di kongsi oleh seorang senior saya tentang kisah almarhum AMMAR.. beliau meninggal pada usia yang muda.. namun usia beliau tidak pernah menghalang beliau untuk melakukan seribu kebaikan di atas muka bumi Allah ini...
jika nak dibandingkan dengan saya yang masih lagi remaja.. mugkin seribu kali tidak setanding dengan beliau.. beliau menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan kepadanya beliau untuk terus berjuang di jalan Allah..
dalam pada manusia dibelenggu dengan bermacam-macam fitnah dunia dan muslihat iblis dan syaitan laknatullah.. namun hadir seorang hamba bernama ammar tersebut berjaya keluar dari kempompong tersebut.. dikala remaja-remaja lain yang seusia dengan beliau hanyut dengan mainan dunia..beliau berhijarah mencari redha Tuhan nya..
tenaga muda beliau telah digunakan untuk berbakti kepada agama nya iaitu ISLAM.. rase diri ni macam langit dan bumi.. ya RABBI.. saya sendiri seperti ditempelak..
"apa yang kau dah lakukan sepanjang kau hidup?"
"Allah berikan segalanya pada kau..tapi apa kau beri pada ALLAH?"
"Rasulullah beri kau seribu nasihat..tapi apa kau beri pada RAsulullah?"
"ISLAM beri kau seribu ketenangan..apa kau beri pada ISLAM?"
"Para Sahabat dan tokoh ISLAM dahulu byk berjuang untuk ketenteraman yang kau rasa sekarang..tapi apa kau buat untuk kekalkan dan tegakkan ISLAM?"
"aku malu"
ya ALLAH.. adakah lagi ruang untuk ku berjuang dan berjihad sepertinya? rasa malu terus menyelubungi.. diri saya berasa seperti ditampar berjuta-juta kali.. mungkin saya tidak sedar akan tanggungjawab saya didunia ni.. kita sendiri telah hanyut akan segala noda-noda dunia..
kelahiran bukanlah sesuatu yang kita minta namun kematian pula bukan sesuatu yang boleh kita tunda.. kematian itu bakal menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.. namun adakah kita bersedia??? seandainya takdir kita untuk meninggal pada hari ini..adakah kita mampu menunda nya??
bergantung pada diri sendiri untuk akhiri kehidupan seperti apa.. bersyukurlah kita dilahirkan sebagai ISLAM namun adakah kita mampu memastikan kita bakal mati sebagai ISLAM?? persoalan yang tidak mampu dijawab...
sila luang sedikit masa untuk muhasabah diri... dengan menonton video ini.. mohon untuk terus menonton sampai habis ye.. http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=youtu.be
No comments:
Post a Comment