hye..selamat bersidang kembali..
ni selingan je.. penulis sibuk dengan hal duniawi yang tak pernah habis... heheh
tapi tak bermakna penulis merungut ye.. huhu
ceh..dah macam YB kan.. al maklum la.. Malaysia kan baru sahaja melepasi zon GENERAL ELECTION..
dan seperti kita tahu.. kerajaan BN menang mejoriti.. manakala pihak PR pula berjaya mendapat kepercayaan 3 negeri..iaitu selangor, penang dan kelantan.
bagi yang menang..tahniah...
bagi yang kurang berjaya..takpe..cuba lagi..
.........................TTTTTTTTTTTTEEEEEEEEEETTTTTAAAAAAPPPPPIIIIII......................................
sedar atau tidak.. ramai yang sanggup berjuang habis habisan demi memastikan yang calon mereka menang..
namun tidak semua yang sanggup berjuang berhabis habisan buat sambutan dalam majlis ISLAM...
ada yang sanggup mengerah keringat memasang bendera..ceramah..kempen..dan sebagainya sampaikan terlupa tanggungjawab masing-masing terhadap keluarga terutamanya terhadap ALLAH SWT...
kalau dapat kita perhatikan bagaimana anak muda bersemangat mengibarkan bendera sesebuah parti politik atau ataupun ada yang sanggup konvoi ke setiap pelusuk negeri..ianya sangat mengagumkan..
"raya pon tak semeriah sampai macam pilihan raya ni"
seandainya senario ni dapat ditukar kepada program yang berbentuk islamic contohnya konvoi ke masjid..
"jangan tunggu ada ustaz2 best je yang bagi ceramah.. barulah awak-awak ni nak pergi konvoi...
ustaz yang sedia ada pon ada banyak ilmu didada tau..."
kalau dapat kita perhatikan sekarang ni, perkembangan majlis-majlis ilmu makin mendapat sambutan masyarakat dan mendapat liputan media yang luas.. so apa lagi? wahai pemuda pemudi harapan agama.. moh la sama-sama kita ringan tulang.. kita join sama-sama kejar pahala.. bagi komitmen anda dengan cara melibatkan diri dengan majlis-majlis ilmu.. andai kate la kita tak dapat menghadiri majlis tersebut.. sekurang-kurangnya kita buat hebahan mengenai majlis tersebut.. kan dah dapat pahala..
kepada ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.. haaa ape kate luangkan sedikit mase pada hari minggu.. penulis pasti.. confirm tak busy punyelah.. banyak majlis ilmu yang diadakan pada waktu cuti.. bawa anak-anak bersama supaya dapat mendidik mereka mencintai ilmu..
mudahkan??
sesungguhnya Allah SWT akan memudahkan segala urusan kita andai kita memudahkan urusan orang lain..
kesimpulannya,
golongan belia haruslah main peranan kita ni as a muslim.. jangan sampai orang kenal kita kerana komitmen kita kepada parti politik je.
sekian sahaja untuk kali ni..
doakan kesejahteraan seluruh umat islam ye..
assalamualaikum... =)
ps; jom sama-sama tambah pahala dengan cara sebarkan kebaikan.. =) share pon dibenarkan..