Cara Jalan? Ada
maksud disebaliknya?
1)
Berjalan seperti tidak memijak tanah.
a.
Individu ini kononya dikatakan boleh
dipertikaikan kejujuranya. Dari segi perbualan pula, dikatakan cenderung
menyakiti hati individu lain dan mempunyai ego yang tinggi. Individu ini juga
seorang yang pemboros namun musykilnya, individu selalunya menjadi pujaan ramai
orang. Hmm kenapa ya? Husnuzhan la..mungkin individu ini banyak juga
kebaikannya.
2)
Berjalan sering menoleh kiri dan kanan.
a.
Biasanya, individu ini pandai menjaga rahsia.
Walaupun ramai yang mempertikaikan kejujuranya, namun masih banyak kebaikan
yang dilakukan dan ramai individu yang cuba menakluki hatinya kerana kononya
individu ini senang diuruskan.
3)
Berjalan suka menunduk.
a.
Ramai yang mengatakan individu ini mempunyai
sikap yang tertutup. kecenderungan teman berbual adalah hanya bersama dengan
individu yang boleh dipercayai dan pandai menyimpan rahsianya. Individu ini
sukar untuk ditakluki hatinya dek kerana sikapnya yang tidak endah terhadap
kehidupan cinta sesama manusia. Namun sedingin-dingin individu ini, dia adalah
seorang yang sangat setia dan sangat pandai menyimpan rahsia.
4)
Berjalan sambil merenung terus kehadapan
a.
Individu ini mempunyai keteguhan pendirian.
Tidak mudah untuk terpengaruh dengan sesuatu perkara. Pertindihan pendapat
dengan individu ini sering kali berlaku dan tidak hairan seandainya dia hanya
ingin berbual dengan mereka yang mempunyai pengalaman yang luas. Individu
seperti ini juga mempunyai objektif kehidupan yang jelas dan jitu.
6)
Berjalan dengan menegakkan badan.
a.
Individu ini dikatakan tegas dalam penentuan
sikapnya. Kurang gemar seandainya kehidupan peribadinya dicampuri orang lain.
Cara percakapannya menunjukkan pendiriannya yang tegas. Individu ini sangat
bertanggungjawab dan seseorang yang sangat berdikari.
credit : mereka-mereka yg post gambar melalui google...