As-Syabab

bismillahirrahman nirrahim..


baiklah semua..kali ini, ana nak berkongsi sedikit mengenai lelaki..
bukan sebab ana ada niat lain.. tapi sejak kebelakangan ini, ana selalu dapat tajuk lelaki dalam pengucapan awam. tajuk yang umum tapi bagus untuk dibincangkan.. yup.. bukan hanya sekadar pasangan kita itu lelaki tetapi lebih kepada untuk memahami karektor mereka.

baiklah, secara umumnya, lelaki atau lebih molek andai dipanggil muslimin ini mempunyai beberapa keistimewaan.


9 Akal + 1 Nafsu = Lelaki

hebatnya seorang lelaki ni apabila dia berbicara, ana sendiri akan terdiam bila lelaki berbicara menggunakan rasional mereka. lelaki boleh sekelip mata mebuatkan seorang wanita terdiam. ini dari pandangan dan pengalaman ana je. kalau dalam sidang perdebatan pun ana lebih suka beradu dan mempunyai team mate lelaki kerana mereka akan lebih rasional apabila berbicara. bukan nak kata wanita tak rasional, tapi kadang-kadang ana rasakan yg wanita ni lebih kepada emosional. 

bercakap mengenai emosional. ya, antum harus bersetuju jika ana katakan lelaki ini sangat pandai mengawal emosi mereka. ana bagi contoh la, kalau hari raya, antara adik beradik lelaki dan perempuan, siapa yang lebih mudah menangis? haaa sah-sah perempuan. 

ana bagi lagi contoh, setiap program motivasi kat sekolah dulu, confirm ada slot nangis-nangis takat leleh punya lah.. kalau tak pasal ibu ayah, mesti pasal sahabat. baru start tutup lampu, penceramah baru ckp "cuba adik-adik bayangkan.." haaa... part ni confirm kepala adik-adik perempuan da mula tunduk.. selang dua minit lagi, basah la tudung tu kaannn... tapi kalau tengok lelaki.. relaks je.. steady.. pemuda gagah kan.. ha ha ha.. mmg betul, lelaki merupakan seorang pemimpin yang mana sifat tabah itu perlu dalam diri masing-masing. takkan baru kene marah dengan lecturer da nak sentap kan? 


sang pemusnah kehebatan

sang pemusnah ini sangat berbisa. itulah dia NAFSU .   andai saja para muslimin tidak berhati-hati dalam menjaga pandangan mata,  maka itulah punca pertama dalam rangkaian segala kemaksiatan dunia. nafsu ini sangat besar dan sangat buas andai tidak dikawal dengan amalan kita. nafsu la punca kepada lahirnya anak luar nikah, wujudnya kezaliman, tersebarnya kemungkaran.

wahai sahabat sekalian, 
nafsu itu boleh dikawal dengan melazimi al-quran dan sunnah.
bagi pendapat ana, semue bermula dari mata dan hati. pandangan mata sangat perlu dijaga bagi mengelak kerosakan hati.

ketika ana masih dibangku sekolah, seorang fasilitator pernah memberi kata-kata hikmat kpd ana dan sampai ke saat ini, ana masih mengingati kata-kata itu. 

" hati yang hidup adalah hati yang selalu mengingati mati"

apabila kita selalu mengingati mati, kita akan selalu melazimi al-quran. 
apabila kita selalu mengingati mati, kita akan selalu mengamal kan sunnah Rasulullah saw
apabila kita selalu mengingati mati, kita akan selalu berzikir padanya
apabila kita selalu mengingati mati, kita akan takut melakukan dosa


ingatlah sahabat, sehebat-hebat manusia itu akan ada kelemahan nya.. 
jadi diri sebagai As-Syabab yang Hebat.
pejuang Agama.

kerana kita adalah  #LegasiAlFateh


Juang

nasib tak selalu baik.
.terkadang perlu diuji bagi menilai tahap kesabaran dan kecekalan setiap insan..
aku makin mengenal erti menghargai sebuah pengorbanan 
aku makin memahami apa itu sayang akan sisterhood, brotherhood..
aku makin mengenal ape itu nilai sebuah kebebasan
kerana kebebasan bukan percuma

kecekalan, ketabahan dan kerjasama 
itu yang diminta..

biar diri dilanyak selembik mana sekalipun,..
kerana aku tahu..langit itu tinggi atau rendah..
kerana aku tahu aku sedang dididik..

kecekalan aku dengan berbekal kan semngat terhadap "perkara ini" 
aku teruskan berjuang..

ketabahan hati aku untuk terima segala kebarangkalian untuk menghadapi neraka dunia
aku gagahkan diri untuk terus berdiri..

kerjasama antara kami bagi mengharungi ranjau yang masih panjang yang berduri lagi berbisa ini,
aku terus mara tanpa menoleh lagi.. 
mara dan terus berlari..
berlari ke puncak yang lebih tinggi..


kerana andai aku menoleh sedikit pun, pasti semangat juang ku hancur, 
dan tidak akan ku biarkan itu berlaku..

buat shabat perjuanganku..ayuh satukan hati...genggam semangatmu..jangan biar dugaan merenggut 
kebahagianmu..

akhir kalam.. you may carry on cadets..


doa menaiki kenderaan dan doa bangun tidur

assalamualaikum...

kali ni saya nak share doa-doa yang simple but yet penting la jugak.. coz selalunye...based on my experience..segalanya akan lebih lancar if kite mulakan sesuatu dengan doa.. okay..ni doa yg simple-simple tp powerful ok.. in sha ALLAH..




tidurlah dalam keadaan berwuduk sebab banyak kelebihan nye.. syaitan tak lah mengganggu kita dlm keadaan yg berwuduk.. in sha Allah..

next... =D

Doa menaiki kenderaan


haaa yang ni memang sangat la perlu kite gune.. even budak-budak tadika pon da hafal and apply..ape lagi budak-budak sekolah menengah, universiti n bekerjaya kan??? nak dikatekan setiap hari kite naik kenderaan..tak kisah la naik tren ke..kreta ke..naik bus ke.. so lebih afdal kita baca sebelum memulakan perjalanan kite ok?



Hakikat Aurat Dalam Islam
by: Siti Lailatu Syarifah Munasir












 Allah SWT telah mensyariatkan Islam sebagai agama penutup dari semua agama samawi (agama yang berdasarkan wahyu). Agama yang relevan untuk semua zaman dan tempat, barangsiapa yang memeluknya maka ia akan bahagia dunia dan akhirat, dan siapa saja yang meninggalkannya dan memilih selainnya maka ia akan celaka selama-lamanya, Allah SWT berfirman :

Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.                                                                              (Surah Al An'am:153)

Ketika sebahagian besar umat manusia di luar sana semakin lalai dengan syariat dalam berpakaian ini, mari kita sama – sama kembali ke pangkal jalan dengan mengenal pasti konsep aurat yang sebenar – benarnya.

Definisi Aurat

Aurat pada dasarnya ialah setiap benda yang dilindungi oleh manusia kerana malu apabila kelihatan. Mengikut hukum syara’ yang paling tepat ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram dipandang.

Hukum menjaga aurat adalah wajib berdasarkan dalil – dalil Naqli dan Aqli.  Firman Allah SWT di dalam al – Quran  yang bermaksud,

“ Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”                                                      (Surah An- Nuur : 31)

Frasa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah muka dan tapak tangan, sesuai dengan keterangan hadith daripada A’isyah r.a. :

Daripada A’isyah r.a.,

“ Bahawa Asma’ memasuki(rumah) Rasulullah SAW dan pada badannya, pakaian nipis. Maka Badginda memalingkan mukanya daripadanya, kemudian bersabda, “ Wahai Asma’, wanita yang sudah mencapai haid(baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil (Rasulullah SAW) menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya.”                                                                      Hadith Riwayat Abu Daud

Selain daripada itu, jika difikir secara akal, perkara ini sangat lah benar. Hal ini kerana manusia perlu menampakkan wajah ketika urusan jual beli untuk mengelakkan sebarang penipuan dan menampakkan kedua belah tangan bagi mengambil dan menerima barang, maka ia tidak aurat.

Penentuan Aurat Dalam Islam*

Aurat wanita dengan wanita

1.    Aurat Muslimah dengan Muslimah.
Bahagian antara pusat dan lutut.

2.    Aurat Muslimah dengan wanita bukan islam.
Semua bahagian atau anggota tubuh badan kecuali yang kelihatan apabila melaksanakan tugas dan urusan – urusan rumah tangga.
Tetapi jika bimbang akan timbulnya fitnah atau pandangan mereka bersyahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

                                  
Aurat wanita dengan lelaki

1.    Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram.
Seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

2.    Aurat muslimah dengan lelaki mahram.
Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram baginya adalah bahagian antara pusat dan lutut.

3.    Aurat muslimah dengan kanak – kanak lelaki.
Harus menampakkan perhiasan wanita kepada kanak – kanak.



* Penentuan yang tercatat meerupakan asas dan boleh berubah mengikut keadaan. Wallahualam.

                                                                                                Bersambung…….

Ahmad Ammar - Syahid yang tertangguh-

assalamualaikum wbt.. berkenaan dengan post sye sebelum ni yang agak kuarang jelas mengenai siapa Hamba Allah yg dimuliakan.. saya bawakan kisah drpd sahabat terdekat almarhum AHMAD AMMAR..


sebak..Cerita tentang Asy-Syahid Ahmad Ammar..dari
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE..
Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Fatehah..
 — with Ahmad Ammar.



*fb-  Ahmad Ammar

Tamparan Kesedaran

assalamualikum wbt..

hari ni.. 19 november 2013 tepat pada waktu zohor.. saya telah diberi peringatan dan tamparan kesedaran yang hebat daripada Allah SWT.. sejujurnya..saya bukan lah insan yang sempurna.. pasti besar cacat cela nya.. seorang muslim yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.. namun Alhamdulillah..Allah sekali lagi telah tarik saya ke jalan nya.. Allah sayang saya.. nak tahu bagaimana?





pada waktu zohor hari ini.. saya ditakdirkan untuk menonton satu video yang di kongsi oleh seorang senior saya tentang kisah almarhum AMMAR.. beliau meninggal pada usia yang muda.. namun usia beliau tidak pernah menghalang beliau untuk melakukan seribu kebaikan di atas muka bumi Allah ini...

jika nak dibandingkan dengan saya yang masih lagi remaja.. mugkin seribu kali tidak setanding dengan beliau.. beliau menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan kepadanya beliau untuk terus berjuang di jalan Allah..

dalam pada manusia dibelenggu dengan bermacam-macam fitnah dunia dan muslihat iblis dan syaitan laknatullah.. namun hadir seorang hamba bernama ammar tersebut berjaya keluar dari kempompong tersebut.. dikala remaja-remaja lain yang seusia dengan beliau hanyut dengan mainan dunia..beliau berhijarah mencari redha Tuhan nya..

tenaga muda beliau telah digunakan untuk berbakti kepada agama nya iaitu ISLAM.. rase diri ni macam langit dan bumi.. ya RABBI..  saya sendiri seperti ditempelak..


"apa yang kau dah lakukan sepanjang kau hidup?"

"Allah berikan segalanya pada kau..tapi apa kau beri pada ALLAH?"

"Rasulullah beri kau seribu nasihat..tapi apa kau beri pada RAsulullah?"



"ISLAM beri kau seribu ketenangan..apa kau beri pada ISLAM?"

"Para Sahabat dan tokoh ISLAM dahulu byk berjuang untuk ketenteraman yang kau rasa sekarang..tapi apa kau buat untuk kekalkan dan tegakkan ISLAM?"
 
 
"aku malu"


ya ALLAH.. adakah lagi ruang untuk ku berjuang dan berjihad sepertinya? rasa malu terus menyelubungi.. diri saya berasa seperti ditampar berjuta-juta kali.. mungkin saya tidak sedar akan tanggungjawab saya didunia ni.. kita sendiri telah hanyut akan segala noda-noda dunia..

kelahiran bukanlah sesuatu yang kita minta namun kematian pula bukan sesuatu yang boleh kita tunda.. kematian itu bakal menjemput kita pada bila-bila masa sahaja..  namun adakah kita bersedia???  seandainya takdir kita untuk meninggal pada hari ini..adakah kita mampu menunda nya??

bergantung pada diri sendiri untuk akhiri kehidupan seperti apa..  bersyukurlah kita dilahirkan sebagai ISLAM namun adakah kita mampu memastikan kita bakal mati sebagai ISLAM??  persoalan yang tidak mampu dijawab...  

sila luang sedikit masa untuk muhasabah diri... dengan menonton video ini.. mohon untuk terus menonton sampai habis ye.. http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=youtu.be

hatiku

assalamualaikum wbt.. semua.. semoga kita sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Allah SWT..
hati ini... krik..krik..


hati..ade ape dengan hati ye? hati adalah seketul hati yang menyimpan segala rahsia dan tindak tanduk kita. jika baik hati kita maka baik lah segala amal kita tapi kalau buruk hati kita maka buruk la perbuatan kita.. hmm klishe kan? tapi mmg tu la hakikatnye..

hati ni senang je tersentuh sbb sifat die mmg lembut.. tak kire la die tu juara peninju dunia or whatsoever.. sekeras-keras manusia ni.. part yang paling lembut die adalah hati.. juara bina badan pun boleh nangis tengok drama okay..

hati senang dipengaruhi kalau iman kita tak kuat ..banyak je bende-bende kat luar tu nak try croboh.. so hati kite ni kene slalu dibersihkan dengan iman.. macam gigi jugaklah..kalau tak gosok gigi..confirm kuman berlambak-lambak and cavity pon muncul..tak gitu?

tapi sebenarnya.. hati pon mudah untuk disapa dengan fitnah dunia.. kite tengok contoh sekarang.. ramai gadis-gadis kat luar sane tu yg tergila-gila kan artis korea sbb ape? good-looking? jambu? gentlemen? hahahah itu semue luaran..mereka tak tau pon the real side of them..

yang lelaki pon same.. pantang nampak perempuan dahi licin..wush.. bahaya-bahaya.. nampak  tak peranan hati ni besar sebenarnya.. iman kene kuat untuk halau perasaan-perasaan skeptik ni..

perasaan dalam hati ni susah nak ditafsirkan..dan seandainya terdetik perasaan yang pelik dalam hati..itu sebenarnya lumrah.. lumrah untuk manusia berkasih sayang namun ade peraturan dan batas-batas nye..  kadang-kadang hati menjadi kejam bile senang je nak menilai sesuatu melalui luaran.. walaupun kita hanya menilai dalam hati je..

 
susah kan nak jaga hati ni.. heheh tapi kalau iman kite kuat dan selalu muhasabah diri.. percaya la.. senang je nak jaga hati ni supaya masih dalam jagaan ILAHI.. =D